Monday 15 April 2019

List Of All Packages

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Supersaver Travel merupakan AGENT SAH BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS SDN. BHD. bernombor ID: BKH05-014. Di sini kami sertakan senarai semua pakej-pakej yang kami tawarkan luar dan dalam negara.

Senarai semua pakej seperti gambar yang tertera:



Semua tempahan pakej akan dihantar kepada HQ iaitu Bahtera Kembara Holidays atau mana-mana agent yang sah.

No Lesen : PKL/LN6935
SSM : 832335V

Bahtera Kembara Holidays Sdn. Bhd.
PT577, Tingkat 1,
Bandar Baru Tasek Raja,
17000 Pasir Mas,
Kelantan.
Mobile : 019- 4520 724

Tuesday 1 January 2019

Mimpi Tertunai ke Maldives 4H3M


Hai semua, saya nak share story saya dekat Maldives dan Pakej Maldives. So senang la sikit korang faham pasal trip. Jangan skip tau.

DAY 1 ( KUL-MALDIVES) 


Ni gambar masa nak masuk ke Gate Pelepasan antarabangsa. Jejak kasih kot diorang ni. hehehe


Trip masa saya pergi tu, ada satu departure time je, Ada time petang pukul 18:55pm, So sampai dekat Airport Maldives Pukul 10.30 malam macam tu. Tapi next trip untuk korang ni saya tak ambil flight petang. Kita ambil flight pagi tapi depend juga pada keadaan semasa tiket flight. 


Here We Goooo to Maldives, Male


Okayy saya dah sampai dekat Maldives, sebelum ni duk tengok je orang bergambar dekat patung ni. Finally dapat jugak saya ambil gambar. Perasaan excited tu lain macam beb. Sebabnya first time kan, Memang syok yang amat. hahaha


Haaaaa, Uncle you pakai seluar tak kat dalam tu? Kang jatuh pula. Ni kiranya port yang korang wajib ambil gambar lah masa keluar flight. Yang menandakan korang memang dah sampai Maldives. Airport lain takda macam ni. Hahaha


Okey kita ajak geng pula ambik gambar kat sini. Ada 3 orang lagi belum sampai. Duk sibuk ambil gambar kat luar. Terima kasih jurugambar saya. hehehe


Dah siap ambil gambar tadi tu, korang akan nampak kaunter imigresen. Jangan nak berselfie-selfie pula dekat sini. Buat lah kalau nak kena soal siasat. haaaa, Abe pesan je. Takut korang terbuat. hehehe


Gambar kat atas ni adalah gambar dari sumber google image. Mitak halal. Hahahaha tak sempat pula saya nak snap hari tu. Sebab baru bangun tidur then terus isi je tak terfikir nak ambil gambar. hehehe

Masa dalam flight tadi dia ada bagi satu borang ketibaan. So korang kena isi lah dulu. Then nati bagi dekat Kaunter ni. Dia akan mintak. Jangan bagi hilang taw. 


Bila korang sampai je dekat airport lepas ambil beg apa semua. Korang keluar dari pintu tu then cari nama lorang ataupun cari nama Bahtera Kembara Holidays. Okay? 


Yaayyyy, saya dah jumpa kawan saya dekat sana. Ingatkan dia tak datang ambil saya. Hahahaha Thanks Bro Ali. He is Muslim tau. 100 % orang local sini muslim. So korang jangan risau bab makan halal ke tidak.


Muka keriangan dah sampai Maldives. Tapi trip nanti kita takda flight malam dah. Sampai pagi dekat Maldives baru lah boleh tengok view. Ye dak? Sekarang ni ke Maldives satu departure je dari Kuala Lumpur. Tiada pilihan. ( BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA) 


Masa dekat aiport tu kalau korang ni jenis tak boleh terpisah dari internet nak buat live ke korang boleh beli simcard. Kos dia dalam 24 USD. Bila korang keluar je dari pintu arrival tu, tengok belah kanan, korang akan nampak kedai simcard. Kalau tak nak beli simcard tapi nak roaming pun takde masalah (ROAMING BASED ON TELCO MASING-MASING)


We are ready to go, nak naik boat pergi ke Maafushi Island. Ni la kami semua yang ikut trip. Maybe nanti korang pula akan ada dekat sini. Maximum dalam 15 orang je per trip. Sebab nak jaga kualiti servis. Nak tak?

PENGINAPAN


Ruang untuk menunggu dan kaunter, kira lobby la ni. 


Bagi suami isteri kita bagi katil ni ya. Hehehe. Tapi kena request awal-awal. Takut penuh. Dalam bilik ni berhawa dingin. Aircond sejuk gila. Bilik sangat selesa.


Ni pula bilik jenis ada dua katil . Sesuai la untuk yang bujang-bujang. 




Tandas yang selesa dan bersih, So jangan risau ya.

Nota kaki: bukan semua bilik macam ni. Tapi lebih kurang macam ni la. Nanti korang claim nak bilik macam dalam gambar ni payah pula saya nak kalau dah penuh. hahahaha

Day 2 (To Be Continue)

Friday 16 November 2018

APA YANG MENARIK SANGAT DEKAT HATYAI NI !?

Sampaikan berjemaah orang Malaysia duk tergila-gila nak pergi Hatyai ni haha. Mana tak nya, sekali rombongan cik kiah (opss sekarang lebih dikenali dengan mak cik bawang) 5 bas terus tauuu.

So meh sini baca, Husna nak share sikit dekat korang 6 Tempat menarik yang best dekat Hatyai ni. Yang no 6 tu paling menggiurkan. Manaaa tahaaannn !


1. Nora Plaza
Ada apa dekat Nora Plaza ni? Haa dekat sini terkenal dengan barangan kulit yang berkualiti (Kasut, beg duit, tali pinggang). Thai Silk pun ada.

#TIPS:-
Nak tahu pure kulit atau tak? bukan FAKE punya tau. Korang try la bakar barang tu. Kalau tak terbakar tu maksudnya memang ori. Minta peniaga tu buat demo sikit. Kalau tak berani, tipu la tu. hahaa


2. Chang Puak Camp
Basically dekat camp ni banyak aktiviti yang boleh korang buat dengan family. Senang cerita aktiviti beriadah bersama family. Kalau nak tahu lebih lanjut aktiviti apa yang ada dekat sini, nanti saya #share dalam next entry okay. Hehe


3. Shamila Beach, Songkhla
Dekat sini ada 3 attraction. Patung Naga , Patung Duyung Emas  & Patung Kucing  dan Tikus. Kalau ada yang nak tahu kisah disebalik patung-patung ni, kene la ikut trip kita. Tour guide kita akan explain. Jangan segan-segan kalau nak tanya.



4. Tang Kuan Hill
Specialnya dekat Tang Kuan Hill ni, korang boleh tengok bandar Songkhla dari atas. Nampak la Samila Beach hehe. Unik nya dekat sini dia punya lift nak naik ke atas tu. hahaa. Kalau first time, gayat sikit la.


5. Bee Farm 
Okay tempat ni rasa macam klise kan, sebab dekat Malaysia pun ada. Ada aktiviti best yang korang boleh buat dekat sini. Jangan risau, tak bahaya pun. Kalau rasa nak beli madu original atau sarang lebah siap ada madu boleh beli dekat sini.


6. Floating Market, Hatyai
Antara sebab orang nak ke Hatyai ni sebab nak try segala jenis makanan yang ada dan yang uniknya diorang meniaga dekat atas sampan tau (ada lebih kurang 50+ sampan). Dekat sini makanan dia murah sangat. Syurga makanan la katakan. Makanan dia dalam 20-50 bath. Ikut jenis juga ye. TAPI… kena berhati-hati pilih tau. Kalau rasa was-was makanan tu halal atau tak, maka jangan beli.

Salam serang Hatyai ‼

 Husna Aziz
Perunding Travel Anda
#NakTravelIkutHusna


====================

NAK PERGI KE HATYAI THAILAND?
Hanya RM 299 SAHAJA SEORANG !!

Whatsapp SEGERA ke no berikut ATAU klik link untuk info

019-4520724
019-4520724
019-4520724

ATAU

wasap.my/60194520724/INFO_HATYAI
wasap.my/60194520724/INFO_HATYAI


Sunday 15 July 2018

Percutian Ke Cameron Highland Day Trip Janji 1001 Kenangan Manis

Dah lama saya nak wujudkan entry untuk Pakej Percutian Ke Cameron Highland Day Trip ni.


Korang pernah dengar tak Pakej Percutian Hujung Minggu ke Cameron Highland RM 125? Meh saya nak cerita dekat korang ni sebab ramai sangat  yang tanya pasal pakej percutian hujung minggu ke Cameron Highland ni. Dorang tanya, betul ke pergi Cameron RM 125 je? Kenapa murah sangat? Dapat apa je dalam RM 125 tu? Pergi mana je kat Cameron Highland tu? Korang mesti tertanya-tanya kan? Hehehe. So sebelum saya cerita lebih details berkenaan Cameron Highland Day Trip ni, saya nak cerita kat korang sikit sebab apa trip ni wujud.

Trip tersangatlah santai. Pernah di iklankan dalam Astro Oasis dan Maya HD bagi percutian keluarga dan weekend escape. Nak tahu penerangan lebih lajut? Baca dibawah...

Korang ada tak masalah macam dekat bawah ni? 

1. Tiada masa yang panjang untuk melancong ataupun bersantai bersama keluarga, rakan-rakan
2. Kos percutian yang sangat tinggi, menjadikan orang ramai memilih untuk berada dirumah
3. Sukar mendapat cuti dari majikan untuk bercuti
4. Penat ataupun malas nak memandu beratus Kilometer untuk sampai ke destinasi yang nak dituju

Kalau ada, haa korang la yang paling kami cari. hihi. Bukan bermakna orang lain tak boleh join tau. Boleh jerr

Dengan Trip ni kitorang selesaikan masalah korang yang ada dekat atas tu. Sambung baca dekat bawah tau saya nak cerita pasal trip dan share gambar trip ni hehehehehe 

Okay trip ni adalah DAYTRIP sahaja harga pun murah je RM 125 seorang. Trip ni bermula dari KL Sentral. So jangan tanya lagi trip ni disediakan hotel ke tak. Kalau fikir logik dengan harga RM 125 nak sediakan hotel bagai. Mana nak dapat nya. Kan kan? Hahahah Trip ni semua orang boleh ikut, bukan orang KL dan Selangor sahaja tau.

Korang yang mungkin duduk Perak, ataupun jalan yang sehaluan ke Cameron Highland, korang boleh ikut sama. Tapi korang mesti tunggu dekat mana-mana RNR yang berdekatan supaya senang bas nak pickup korang. Kalau korang dari Melaka, Negeri Sembilan ataupun negeri-negeri lain. Nak tak nak korang kena datang ke KL Sentral Jugak. Jelas tak?

Trip ni akan bermula pada hari JUMAAT MALAM. Kita akan berkumpul dekat KL Sentral. 
Macam mana nak ke tempat berkumpul? Boleh tekan Link ni --> Panduan Mudah tempat berkumpul

sebelum naik bas sempat lagi ambil gambar

Jam 11.30 malam kita ada sesi pendaftaran dan dah mula berkumpul untuk naik bas. Selalunya bas akan gerak pada pukul 12.00am. Sebelum korang pejam mata tour leader akan memberikan beberapa info berkenaan dengan trip esok hari.

Kita akan berhenti di RnR sebelum naik ke Cameron melalui Simpang Pulai. Sampai di Rnr lebih kurang dalam pukul 3 pagi macam tu. Sementara nak tunggu pukul 5 pagi, korang boleh tido dalam bas atau nak minum air panas dekat RnR. Kalau ada yang nak mandi, saya galakkan korang mandi dekat RnR sebab dekat masjid nanti air dah sejuk. hehe. Kemudian Jam 5 pagi kita akan bergerak terus ke masjid untuk solat subuh. Dalam pukul 7 pagi kita akan sarapan ramai-ramai makan nasi lemak + teh o panas sambil layan view dan cuaca sejuk kat atas sana. Sedap weh nasi lemak tu. Oh ya, breakfast ni korang dapat secara PERCUMA je tau. haa dah jimat duit untuk breakfast.

SARAPAN PAGI DI CAMERON HIGHLAND


Okey dekat sini lah yang kami selalu stop sarapan dan solat subuh. Pagi-pagi dekat atas ni memang sejuk beb. Boleh lah korang nak feeling-feeling macam dekat Oversea haha.

Lepas makan kita selfie-selfie dulu sementara tunggu orang lain siap makan. heheheh Kalau tak hujan memang cuaca dia best giler sebab boleh feeling-feeling macam dekat New Zealand gitu =) Semua dah makan, perut dah kenyang baru lah best kita jalan-jalan pecahkan lemak pula kan. Semua dah tak sabar nak pergi melawat Lavender Garden yang menjadi tempat pertama lawatan kitorang. Tapi bergantung kepada keadaan semasa juga ye. hehehe


LAVENDER GARDEN


Tiket masuk ke Lavender Garden ni tak include sekali tau dalam pakej. So nanti sebelum turun bas, tour leader akan kutip duit tiket dari setiap orang.

Harga Tiket:
Dewasa (RM 10)
Kanak-kanak (RM 7)

[Nota: Ini adalah anggaran harga. Harga boleh berubah dari semasa ke semasa]


Kalau korang nak rasa petik strawberry, boleh petik dekat sini tapi kalau nak beli strawberry untuk bawa balik rumah nanti kita akan bawa korang ke Key Farm market. Dekat sana harga lebih murah berbanding kalau korang petik sendiri.


Masing-masing tak menyempat nak masuk dalam. Belum masuk dalam lagi semua dah nak ambil gambar depan ni. hehhehe. Jom kita ambil gambar dulu yer kakak-kakak, abang-abang, adik-adik. Tour Leader akan tolong belikan tiket dekat korang dulu. sambil-sambil tu korang ambil lah gambar dulu. Jangan lupa bagi duit ya dekat tour leader. hehehehe



Bunga bunga dekat sini semua cantik-cantik tau. Tambah pulak kami-kami dalam gambar ni pun cantik. Bertambah-tambah cantik lagi lah. hahahaha. Masih lagi dalam Lavender Garden. Bukan kebun bunga lavender jer ada kat sini. Macam-macam ada taw. Kalau naik atas sikit dia ada kedai jual ais cream Lavender memang sedap giler, yang penting murah. Tak seksa poket korang hehehe

Abam saja nak tunjuk yang ais cream ni sedap gila.. Rugi kalau datang sini tapi tak makan ais cream ni. Serius tak tipu hehehe tak silap RM5 jer. Manis pun manis . Tapi lagi manis hakak tepi abang ni. heheheheh #Pickupline #menjadiketak ?

Dekat kedai Ice Cream Lavender dan Strawbery. Sedap giler wei. Serius kena try!

Ni view dari atas masa dekat Lavender Garden. Ada bunga-bunga lain jugak dekat sini.

Mekar sungguh bunga Lavender ni, tapi lagi mekar cinta saya pada awak. Jangan main-main tau. Hahahaha


Sorang pun boleh ikut pergi trip ni. Korang paham lah kan kalau ajak member-member ni. Sebulan nak pergi semua cakap nak pergi. Dua minggu nak pergi dah tinggal separuh je nak pergi. Sehari sebelum pergi sebenarnya tinggal kau sorang-sorang. hahahaha Takpa jumpa kawan baru dalam trip nanti lagi best hehe


Siapa kata kat Cameron tak best nak feeling-feeling romantik? Kitorang enjoy je berdua. Bukan tempat yang menentukan pasangan jadi romantik. Tapi diri sendiri tu kena lah jadi romantik. Kalau jenis kayu, memang kayu lah hahahhaha #Gurauje

LADANG TEH BOH




Lepas dah jalan-jalan dekat Lavender Garden tadi, Next kita pergi ke Ladang Teh pula. Korang nak ambil gambar acah acah menari hindustan kat sini pun boleh. Terpulang kat korang nak ambil gambar macam mana gaya sekalipun. haha. Asal korang ENJOY!


Untuk ke ladang teh boh, kita akan ada pertukaran bas iaitu bas yang disediakan untuk ke ladang teh. Nanti dah sampai, korang boleh la minum secawan teh panas dan one slice kek. Serius sedap sampai meleleh air liur la. haha. Kalau korang tak nak makan kek, ada juga dia jual roti roti. Confirm kena beratur panjang. Jadi korang kena la sabar sikit ye dak? 

BEE FARM


Selfie ramai ramai. Haa try la kira ada berapa ramai yang join trip kita ni. hihi. So dekat sini, kalau korang berhajat nak tengok lebah depan mata, boleh la turun dekat taman dia. Kalau tak tengok lebah dalam balang kaca tu je la ye. hehe. Nak beli madu dekat sini pun boleh sebab confirm ori.


Haa pilih kak pilih. Jangan duk tenung sampai tembus je. hahaa

So, dah puas jalan kat Bee Farm kita gerak ke next destination okay. JOM!

KEA FARM MARKET

Ni la tempat yang kami SANGAT SARANKAN akak-akak, abang-abang semua untuk shopping sampai la duit dalam purse hilang tah mana pergi. haha. Nak cari akar kayu atau nak beli pokok bunga ke. Kalau nak beli jagung madu secara longgok pun kat sini juga. Nak beli strawberry untuk ole-ole orang kat rumah pun beli kat sini. Sebab lagi murah dan berbaloi!



Nak rasa strawberry coklat? Pun kat sini. Makan puas-puas tau sebab kat Kea Farm ni murah strawberry coklat dia. Kalau dah sampai Brinchang nanti mahal sikit.

Mana nak cari baju Cameron Highland nak beli untuk anak-anak buah? haa beli kat sini juga. Mostly harga sehelai baju RM 10 jerr. So korang kena pandai-pandai cari yer. Satgi saya share tips mana nak dapat barang murah kat Kea Farm ni okay;)



Kalau nak beli buahan segar ataupun sayur segar, korang boleh beli dekat sini. Serius memang segar sangat. Tapi kalau saya pergi saya mesti beli jagung mutiara. Tak payah rebus makan macam tu pun dah manis wei . Serius sedap hehehe

[TIPS: Beli dekat lereng-lereng bukit korang akan dapat harga lagi murah. Sebab apa? sebab kat tepi tepi tu tak ramai orang. Kalau korang beli dekat tengah-tengah, situ tempat tumpuan orang. Bila ramai orang, jadi harga dia akan mahal sedikit]

Ohh ya sebelum saya terlupa, kalau korang ada banyak barang nak shopping boleh bawa bag shopping siap siap tau. hehe. Dah penat penat shopping, boleh la try aiskrim homemade ni. Sedap tau. Kalau tanya saya, perisa coklat atau strawberry lagi sedap. Saya pilih Coklat. hehe =D



Jom gerak ke next check point. hehe

CACTUS VALLEY

Biasa kalau sampai sini, mak-mak ibu-ibu yang akan turun. hihi. Eksaited nak beli kaktus. Yela dekat sini boleh dapat murah murah kaktusnya. Sebelum kita meneruskan perjalanan ke next check point, kalau rasa nak ke bilik air, boleh pergi dekat tandas sini. Selesa, bersih juga.


Pilih pilih ya kaktus. Jangan tak pilih. Menyesal tak sudah nanti kalau tak beli. Masuk ke cactus valley ni free je. So kalau nak bergambar di alu-alukan. Kalau tak nak turun pun takpe. Boleh je duduk dalam bas.

PEKAN BRINCHANG

Di sini, kita akan berhenti untuk solat zohor, makan tengah hari and boleh shopping sedikit kalau mahu. Jarak parking bas dengan tempat makan lebih kurang 200 meter. Digalakkan bawa baju hujan atau payung atau baju spare (kalau cuaca hujan) sebab bas tidak dibenarkan parking sesuka hati.

Foodcourt, Tour Leader akan inform di mana boleh makan dan sebagainya. Untuk solat zohor, kita akan berhenti di Masjid Kayangan Brinchang (Ada telekung dan lengkap dengan kemudahan yang lain. Boleh bawa diri sahaja atau tak perlu bawa telekung)


MARDI


[#sedikitfakta]

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ni merupakan pusat pelancongan yang terkenal di Cameron Highlands dikalangan pelancong luar dan dalam negara. Cantik sungguh mereka uruskan tempat dan kawasan ni. Sedap mata memandang.

Taman ini sebenarnya adalah stesen penyelidikan tertua MARDI di negara ni dan sejak Cameron Highland adalah destinasi pelancongan yang popular, MARDI telah mengikuti idea untuk mengubahnya menjadi Taman Agroteknologi.

===========
Last tempat menarik yang kita akan lawati sebelum gerak turun dari Cameron Highland iaitu MARDI. Jom layan gambar best dulu dekat sini.




Biasanya kita sampai sini dah petang dan tempat ni pun hampir tutup. So kadang-kadang masuk free la bila dah jadi orang terakhir ni. haha. Ikut keadaan semasa dan rezeki macam mana. Kalau kena bayar tiket masuk (Harga kat bawah ni):

Harga Tiket:
Dewasa (RM 5)
Kanak-kanak (RM 3)

[Nota: Ini adalah anggaran harga. Harga boleh berubah dari semasa ke semasa]


And kebanyakan dari tetamu kami, sampai sini semua dah letih. Kalau boleh nak tidur je dalam bas. Hahaa. So kalau dah tak larat, boleh je tidur dalam bas. Ada apa-apa masalah boleh terus inform Tour Leader okay. Tour Leader akan bantu korang semampu yang boleh.


Enjoy tempat last yang korang boleh bergambar cantik-cantik ni. Tenang sangat tau kalau datang Cameron ni sebabnya pemandangan dia memang menyejukkan hati lah. Dah la cuaca pun sedap sedap je. Tak terlampau panas dan tak terlampau sejuk. Orang kat feel feel la gituhhh.

Berakhir la MISI JEJAK CAMERON HIGHLAND DAY TRIP -TAMAT-

Naik bas, masing masing boleh tidur dengan nyenyak nya ya. Driver bas akan jalan kan tugas dan memandu bas dengan berhati-hati dan cermat sehingga sampai di KL Sentral semula.


Sebelum sampai di KL Sentral, kita akan berhenti di RNR Tapah untuk solat, bersihkan diri dan makan malam. Selesai di sini terus gerak pulang ke KL Sentral.


Selamat tiba di KL Sentral. Datang penuh senyuman dan balik penuh kenangan. Boleh la nanti update gambar gambar korang dalam group whatsapp ya. Jangan lupa bagi feedback ya. Hehee.

Hope korang enjoy =D
Semoga bertemu di trip yang lain