Tuesday 10 July 2018

Tempat Berkumpul Cameron Highland Day Trip

MACAM MANA NAK PERGI KE TEMPAT BERKUMPUL CAMERON HIGHLAND DAY TRIP ?!

Ramai yang ada masalah untuk pergi berkumpul semasa trip ke Cameron Highland. Disini kami kongsikan kepada anda macam mana untuk anda mencari tempat berkumpul dengan mudah.


Bila anda berada dalam KL Sentral, anda mestilah mencari petunjuk tempat yang pertama iaitu McDonald's dan dihadapannya terdapat satu lorong kecil dimana ada satu kiosk minuman iaitu Chatime.


Anda haruslah melalui lorong tersebut untuk ke tempat berkumpul, dihujung lorong tersebut anda akan melihat Maybank ATM disebelah kiri anda dan Chicken Rice Shop di sebelah kanan anda. Pastikan anda mencari petunjuk seterusnya. Iaitu Seven Eleven (7E) dan juga Kaunter Yes 4G.


Disinilah tempat anda untuk berkumpul dan mendaftar nama anda. Sebarang pertanyaan boleh la hubungi leader yang mengetuai trip tersebut. Semoga percutian anda ini memberi seribu satu kenangan manis bersama kami. Enjoy your trip.

Anda boleh tekan link Youtube untuk panduan yang lebih jelas.
PANDUAN MUDAH KE TEMPAT BERKUMPUL ---> [KLIK SINI]

No comments:

Post a Comment