Tujuan Entry ni dibuat semata-semata nak bagi info dekat
korang, Bagi senang korang baca dan faham. Tapi bagi yang malas nak membaca.
Kita tak tahu lah nak cakap apa. Jangan salahkan kita pulak kalau tak dapat
detail lengkap dan ada miscommunication bak kata mat saleh.
Korang yang berniat nak pergi trip dengan SUPERSAVER TRIP (Agen Sah Bahtera Kembara Holidays) ke Perhentian, ataupun mana-mana company lah yang ada atas muka bumi tuhan ni. Korang wajib baca dulu info yang ada dalam ni. Supaya korang tak tertipu oleh anasir-anasir luar yang tak berhati perut tu. Faham ke tak faham?
Sebelum korang baca lebih bawah lagi, suka saya ingat korang. Nak beli pakej dari penjual mestilah betul-betul korang percaya, Jangan mudah sangat makan Umpan "Harga Murah" giler kentang. Bila namanya "Penjual" tak lain tak bukan dorang memang nak untung.
Tipu lah kalau ada
orang cakap "Takpe kita rugi pun asalkan customer puas hati". Bila
Pakej murah sangat. Mestilah ada yang kurang, saya tak kata kena beli pakej
mahal. Korang kan pandai menilai mana yang kaca ; mana permata.
Takkan lah Pergi Perhentian RM199 3H2M siap ada makan minum lagi, Penginapan 5 Bintang. So hati-hati. Pilihlah company yang korang nampak dia ada masa depan dan nak pergi jauh. Company berlesen, jangan sesekali masukkan duit deposit ataupun bayaran penuh ke nombor akaun personal.
Pastikan korang masukkan duit deposit ke dalam akaun syarikat. Sebab hanya yang ada akaun syarikat sahaja yang korang boleh letak kepercayaan sebab memang dorang betul-betul nak berniaga. Bukan nak berniaga sehari dua hari. tapi nak berniaga selama-lamanya.
Okey dah! Jom kita lihat Pakej dekat Kampung Perhentian Kecil ini.
KENAPA KORANG PERLU DUDUK DEKAT SINI?
1) Lebih selamat
Dari segi keselamatan, korang lebih selamat berada
disini. Sebab dekat sini ada Balai Polis, ada kawalan kampung, ada Klinik dan
ada Speed Boat Ambulan. Kalau ada apa-apa terjadi senang dan cepat untuk orang
lain bertindak.
2) Makan murah dan mudah
Korang akan senang untuk dapatkan makanan dekat area sini
sebab kat sini orang kampung pun membeli di tempat yang sama, So harganya
tidaklah mahal seperti di tempat lain. Bajet Makan dalam Rm10-15 sekali makan
ataupun kurang.
3) Anak-anak kecil terjaga
Bagi anda yang ada anak kecil ataupun anak yang tidak
akhir baligh lagi, ataupun yang datang berkeluarga. Saya suggest duduk area
sini sebab dekat sini semua orang kena jaga pemakaian . So tak lah minah saleh
berjemur terdampar pakai bra je. So anak2 pun tak terkejut.
4) Senang Nak pantau
Dekat area sini jugak ada satu pantai dimana tempat boat
berlabuh. Pada siang hari tiada boat dikawasan ini dan anda boleh lepas
anak-anak mandi disini. Airnya cetek dan permukaan laut yang datar.
5) Kos Murah
Bila anda berada di kawasan kampung perhentian kecil ini.
Kosnya lebih murah berbanding dari tempat lain. Kerana orang kampung disana
menggunakan harga yang sama.
6) Kedai Runcit
Disini jugak terdapat beberapa kedai runcit yang menjual
pelbagai kemudahan asas. So korang senang lah nak pergi beli apa-apa yang
korang nak. Kedai runcit ini selalunya akan dibuka dari pagi sehingga 12.00
tengah malam.
7) Jarak ke Long Beach Dekat
Long Beach ataupun Pasir Panjang ini adalah tempat
tarikan utama di Pulau Perhentian kerana keadaan pantai yang sangat cantik,
ramai pengunjung dari luar dan dalam negara datang kesini. Air yang jernih
kebiruan. Pada waktu malam ada Pertunjukan Api oleh pelancong luar ataupun
orang tempatan. Jarak nya lebih dekat. Kos water taxi yang murah.
Kali ni kami dah Pajak Semusim 2018
Penginapan untuk korang. InshaAllah selamat dan selesa. Tak caya? Jom tengok
gambar bilik dibawah ni.
======================================================================
PAKEJ 3H2M PULAU PEREHENTIAN, KG PERHENTIAN KECIL
Penginapan yang selesa, berhawa dingin. Tandas berada
didalam, Disediakan bantal dan selimut serta kain tuala untuk anda. Masa
Check-In adalah Pukul 2.00 petang. Kalau bilik tu siap awal selepas dikemas.
Korang boleh masuk awal. Kalau lambat siap. Kena tunggu lah sikit ya. (Standard Time Check In: Jam 2.00 petang)
Inilah keadaan Bilik untuk korang bermalam. Boleh masuk
Tiga orang sebilik, kalau korang berdua pun kita masukkan dalam ni jugak.
Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil
Pakej ini, nanti akan ada Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu
korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh parking dekat
mana-mana parking yang berbayar, ataupun korang boleh bagitahu staff BKH untuk
cari parking yang selamat.
Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai
dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu,
mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti.
Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat
panggilan darinya.
Wajah hadapan Jeti Kuala Besut, tapi nak naik bot kena masuk kedalam lagi sampai jumpa kedai makan banyak-banyak.
Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang
Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap
seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur
bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti . Harganya RM5
Dewasa , RM3 kanak-kanak.
Bot akan hantar korang ke Penginapan dan korang akan
nampak bangungan 3 Tingkat warna kuning. Jalan kaki terus je dari jeti tu
sampai korang jumpa balai polis, then tepi balai polis tu korang akan nampak
satu kedai makan. So tepi kedai makan tu lah Penginapan kita. Jelas ya?
Then hari pertama korang diberikan masa untuk buat aktiviti bebas. Nak mandi manda pun boleh, nak pergi Long Beach pun boleh
Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin
Korang boleh survey harga dekat Kaunter Water taxi dekat
area penginapan. Then kalau ada apa-apa, call je no staff BKH tu. Waktu malam dekat sana,
korang just santai-santai ataupun nak pegi lepak dekat Long Beach pun boleh.
Tapi kena pergi dengan Water taxi. Selalunya Long Beach akan buka pada
Pertengahan Bulan Mac ataupun hujung Mac dan keatas.
Hari kedua selalunya kita akan keluar pergi Snorkeling
pada pukul 9.00 pagi. So tak da lah panas sangatkan dan akan habis dalam pukul
12.00 Tengahari. Kalau korang rasa macam tak puas hati lagi tak penat berenang
lagi. Duduk lah lama pun, cakap dekat abang bot.
Biasanya sampai point terakhir tu korang dah penat yang
amat.
Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah
1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung)
Bonus Point ( Lata Air Berani)
Best bila dapat member yang travel satu kepala. Lagi best
kalau jumpa orang baru tapi satu kepala Jugak
Dalam air pun sempat lagi selfie. Pastikan korang bawak
waterprof camera ya. Rugi kalau tak bawak.
Sebelum pergi ke tengah laut untuk tengok ikan, kita kasi
dulu korang belajar dekat tempat cetek.
Masih lagi di tempat water confident
Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat untuk buat
tempahan ---> [KLIK SINI]
P/S: Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada
keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa
membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.
Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!
Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn.
Bhd.)
No comments:
Post a Comment