Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts
Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts

Tuesday, 8 May 2018

Feedback Pulau Perhentian


Feedback ni penting ke tak penting? Kalau saya lah dekat tempat korang, benda yang pertama saya nak tengok adalah feedback trip. Sebab dari situ kita dapat tahu macam mana trip yang kita akan dapat. Ni cakap jual Pakej Perhentian, bila minta feedback cakap takda.

So dekat posting  sini korang boleh tengok feedback-feedback trip orang yang dah pernah ikut trip dengan Bahtera Kembara Holidays. Harap dapat membantu. Dan saya sekali lagi tidak suka korang letak High Expectation, lebih baik bersederhana dalam menilai sebelum anda pergi sendiri. Faham ? 

So, jom baca apa kata diorang yang dah pernah pergi ni. hehe


"Terima kasih Ya, Family saya Enjoy" - Erika "


 InshaAllah akan join lagi trip dari Bahtera Kembara Maybe pergi Hatyai pulak"

- Erika



" Semua Okey, 5 Bintang" - Khairul KL



"Its Really Fun!"- Lyn



"Terbaik Budak2 happy semua"- Syahir



" Servis bagus nanti boleh repeat lagi"- Ain



" Memang terbaik, 4 check point semua. Boleh tengok penyu ikan nemo. hakak bagi 5 Bintang"- Rosnida Ilias



" Belum Boleh move on lagi dengan kecantikan Perhentian, trip best"
- Hanis



"Seronok sangat, Puas, sweet memory" - Shela




"Memang murah la. Puas Hati betul dan orang bot pun sporting"- Rosnida Ilias




" Semua okey dan puas hati"- Shela



" U Should Tried it! I give package 5 Star" - Lynn



Berminat untuk TEMPAH PAKEJ tekan link ni ---> [KLIK SINI]


Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!

Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn. Bhd.)

Saturday, 5 May 2018

3H2M PULAU PERHENTIAN KECIL, KG NELAYAN

PAKEJ : 3H2M PULAU PERHENTIAN KECIL, KG NELAYAN

DEWASA :
RM 275 / PAX (3 PAX / BILIK)
RM 299 / PAX (2 PAX / BILIK)

KANAK-KANAK:
RM 239 / PAX (3 PAX / BILIK)
RM 259 / PAX (2 PAX / BILIK)

BAYI : FOC (TANPA TILAM)
==================================================
DEPOSIT : 50 % DARI TOTAL
TARIKH : BEBAS PILIH
JENIS BILIK : BAHTERA KEMBARA INN

TEMPAT MENARIK :
Shark Point
Turtle Point
Fish Point ( Nemo )
Turtle Beach
Lata Air Berani
Fisherman Village

PAKEJ TERMASUK :
+ Penginapan (Bilik Hawa Dingin) (3/2 Org Sebilik)
+  Speed boat dua hala Jetty-Island-Jetty
+  Peralatan Snorkeling & Trip
+  Snorkeling Guide & Boat

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
+  Marine Park (Wajib – DEWASA RM 5 /PAX., KANAK-KANAK  RM 3 / PAX)
+  Insurans Perjalanan (Pilihan – RM 10 / PAX) (DIGALAKKAN)
+  Makanan & Minuman (BAJET MAKAN RM10-15 SEKALI MAKAN)

--------------------------------------------------

Enquiries Please contact

Mobile No. / Whatsapp    : 019 - 4520 724
Facebook Page                : Supersaver Travel
Instagram                        : @supersavertrip
Telegram                         : t.me/supersavertrip

Sales Team : Bahtera Kembara Holidays

( KPK/LN:6935/83233)

Pakej Pulau Perhentian Day Trip

SEHARI DI PULAU PERHENTIAN
=================================================
Tahun lepas 2017 lebih dari 1000 orang yang pergi guna servis SUPERSAVER TRIP pakej dari BKH. So tahun ni kita target lebih ramai lagi orang tahu pakej kami lah yang terbaik daripada yang lain. Tak caya? Cuba lah. Tapi sebelum cuba baca dulu sampai habis story untuk Pakej Perhentian ni.  Boleh?

Pakej ni adalah Pakej Pulau Perhentian Day Trip. Bila sebut day trip tu faham-faham lah kan, trip 1 hari je dekat sana. Kenapa ada pakej sehari di Pulau Perhentian ni? Tak best lah kejap je ada kat sana. Korang lah tu yang cakap macam tu. kan kan kan?

Okey cerita dia macam ni, Bahtera Kembara wujudkan Pakej Day Trip ni sebab nak penuhi jugak nafsu korang untuk main air laut serta snorkeling dekat Pulau perhentian. Dulu bilik selalu penuh, tapi ada jugak antara korang yang memang nak pegi gila-gila. So kita pun buat lah Day Trip punya Pakej.

Tak sangka pulak Day Trip pakej ni dapat sambutan dari semua orang. Sampaikan seminggu boleh cecah 100 orang yang pergi ke Perhentian.. Memang tak menang tangan. Nanti saya story dekat bawah ni perjalanan Pakej Perhentian Day Trip ni. Tapi sebelum tu nak bagitahu dulu kenapa korang kena ikut trip ni.

SEBAB ANDA WAJIB IKUT TRIP INI:

1. JIMAT DUIT
Kalau poket korang tak berapa naj tebal sangat untuk pergi holidays dan bermalam dekat perhentian. Korang boleh ambil pakej day trip ni sebabnya harga dia RM99 jer sorang untuk tahun 2018 ni.

2. IMAT MASA
Mungkin korang susah nak tinggal anak dekat rumah ke, ataupun susah nak tinggal kerja lama-lama. ataupun ada kekangan dari segi masa, korang boleh ikut trip ni sebab trip bermula jam 9.00 pagi dari Jeti Kuala Besut dan akan pulang pukul 4.00 petang ( Last Speed Boat dari Perhentian)

3. PENGALAMAN SNORKELING ADALAH SAMA
Pengalaman snorkeling pakej 3H2M dan day trip adalah samaSebab utama orang datang Perhentian ni nak snorkeling je, . sebab dia punya air laut jernih yang teramat. Sangat cantik. Ikan pulak jinak-jinak, boleh tengok depan mata je dan coral dia pun warna warni.

4. TAK PERLU SEMAK KEKOSONGAN BILIK
Kalau korang rancang nak bermalam, korang kena check dulu kekosongan semasa lebih awal, berbulan-bulan sebelum trip korang . Tapi untuk Day Trip at least 2 Hari sebelum korang boleh decide untuk Pergi.

5. SEA GUIDE TURUN SAMA DENGAN ANDA SEMASA SNORKELING
Sea Guide dari BKH akan turun sama-sama dengan korang, dia akan tunjuk mana spot yang best masa snorkeling. Mana nak tengok nemo dan mana nak tengok Baby Shark, Mummy Shark, Daddy Shark. Dorang jugak akan tunjuk korang mana penyu. So pengalaman korang masa snorkeling best gila.


=================================================




PENERANGAN TRIP
Trip ni mula jam 8.00 pagi dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Kalau nak tengok macam mana cara nak ke Jeti Kuala Besut ni, korang boleh tekan link ni. [LINK] 

Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil Pakej ini, nanti akan ada Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh parking dekat mana-mana parking yang berbayar, ataupun korang boleh bagitahu staff BKH untuk cari parking yang selamat.

Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu, mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti. Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat panggilan dari dia. PASTIKAN KORANG SIAP-SIAP SALIN PAKAIAN MANDI YA!





Wajah hadapan Jeti Kuala Besut, tapi nak naik bot kena masuk kedalam lagi sampai jumpa kedai makan banyak-banyak.

Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti. Harganya RM5 Dewasa , RM3 kanak-kanak.



Korang akan dihantar ke Kampung Pulau Perhentian Kecil dulu untuk Tukar bot dan naik bot khas yang BKH sediakan untuk anda. Seterusnya anda akan dibawa untuk

Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah:
1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung)
Bonus Point ( Lata Air Berani)

Antara gambar customer yang ikut trip lepas. 




Tak geram ke tengok gambar tu? Nice kan? So dalam Pakej Day Trip Pulau Perhentian ni, kita akan bawak korang ke tempat-tempat ni. Nak gambar cun melecun dan nak gambar dalam air. Korang kena bawak lah Under Water Camera atau guna casing waterproof.



Sebelum korang pergi dekat tengah-tengah laut, korang akan diajar macamana cara untuk apungkan diri dalam air dan cara penggunaan Snorkel dan Life Jacket. Mat Salleh kata "Water Confident".



Haaaaa, sapa kata ikut pakej Perhentian Day Trip tak dapat tengok nemo ke apa. Harap tahun ni sarang ikan nemo masih lagi terjaga dan masih ada. hehehehe. Tak dalam pun. Kita boleh tengok dari atas. Kalau korang pandai selam. Boleh selam. Best kan? hehehe



Tepat jam Pukul 12.00 Tengahari macam tu. Boatman akan bawak korang pergi ke Long Beach untuk Korang lunch, Solat bagi yang tak dapat jamak solat tu. Nanti sampai dekat Long Beach tu tanya dekat area sana, mana nak solat. Ada satu tempat nama dia Awatif Cafe dan Campsite. Sana pun boleh mandi jugak. Tapi berbayar. Depend pada owner tu.

 Lepas siap makan apa semua, korang boleh pergi daki bukit dan jungle tracking naik ke Kincir Angin. View dia lawa gila. Serius lawa. tak caya jom kita tengok kat bawah. 



Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin

3.30 Petang korang dah kena turun dari Bukit Kincir Angin tu tau. Sebabnya tepat pukul 4.00 petang bot akan pergi ambil korang dekat jeti Long Beach.



Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya.

Untuk sebarang pertanyaan Pasal trip ni ---> [KLIK SINI]
Nak tengok FULL DETAILS?! ---> [KLIK SINI]



P/S: Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.



Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!

Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn. Bhd.)

Bercuti 3H2M Ke Pulau Perhentian Kecil

Holla hai korang, pernah datang Terengganu tak? Mesti la pernah kan?Tapi pernah tak sampai dekat Pulau Perhentian ni?? Ish ish belum lagi rupanya. Haa korang nak tau tak kat sini ada satu pakej yang menawarkan percutian ke Pulau Perhentian Kecil dengan bajet yang sangat murah iaitu RM299 untuk seorang. Woww murah kann.

Terkejut?! kikiki...nak tau tak apa yang termasuk dalam pakej tu? haa boleh la usha entry kat bawah ni yer





Yang ni pemandangan dari atas Pulau Perhentian di persisiran Pulau. Okay meh kita sambung pasal pakej tu. Mesti korang nak tahu kan apa yang termasuk dalam harga pakej tu kan.

Dengan harga dan bajet yang sangat murah tu korang boleh dapat macam-macam kemudahan tau. Termasuklah pakej penginapan bilik yang dilengkapi dengan hawa dingin, kemudahan speed boat untuk dua hala iaitu untuk perjalanan pergi dan balik ke Pulau Perhentian, peralatan snorkeling dan trip serta snorkeling guide dan boat.

Untuk aktiviti snorkeling tu korang jangan risau lah. Mesti takde pengalaman lagi kan macam mana nak buat aktiviti tu, cara nak pakai life jacket dengan betul, cara untuk mengimbangkan badan ketika berada di laut. Jangan bimbang, dalam pakej ni dia dah termasuk dengan snorkeling guide, jadi diorang lah yang bertanggungjawab untuk ajar korang buat semua tu.

Dekat Pulau ni, korang boleh tengok macam-macam jenis flora dan fauna dan pelbagai jenis hidupan laut. Dengan kejernihan air yang membiru, pasti boleh melupakan hal-hal kerja dan menikmati alam semula jadi yang sangat indah dan mempersonakan.



Okay macam ni citer dia. Untuk trip hari pertama tu, korang akan tunggu dekat jeti Kuala Besut. Haa kat situ akan ada tour guide yang akan lead korang untuk naik bot ke Pulau. Korang akan mula berkumpul dekat jeti tu dalam pukul 8.00pagi untuk pendaftaran perjalanan. Bila dah settle pendaftaran apa semua tu, baru lah korang akan dibawa menaiki bot dan angkut semua barang-barang yang korang bawak tu, hehe

Perjalanan dari jeti ke Pulau Perhentian tak ambik masa yang terlalu lama pun. Setengah jam macam tu dah sampai kat sana, maklum lah bukan nya ada traffic light ke eksiden ke apa kan kat tengah-tengah laut tu, hee..Sebelum mulakan perjalanan tu korang akan dibekalkan dengan jaket keselamatan dan wajib untuk pakai ye. Kita tak tahu apa akan jadi semasa dalam perjalanan tu, jadi untuk keselamatan tu mesti lah ye :)

Ada yang mabuk laut ke? Standby awal-awal lah ye ubat tu, hehehh..Untuk gambaran korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

Haa ni masa nak naik bot ke pulau perhentian kecil 

Yang ni pulak masa on the way nak gi Pulau, siap selfie bagai tau, huhu

Bila dah sampai tu, korang boleh rehat-rehat dan boleh terus check in dekat Bahtera Kembara Inn. Untuk hari pertama ni takde aktiviti lagi, jadi korang boleh la buat aktiviti bebas dulu bersama kawan ataupun family. Ada yang nak rehat dekat bilik sebab mabuk laut, maklum la tak pernah lagi naik bot kan?hehe..Pastu kalau korang nak mandi air laut pun boleh, tapi kena pastikan la jangan pergi dekat tempat dalam ye, kang lemas pulak, dah la tak snorkeling lagi haha

Untuk hari kedua pula boleh lah siap-siap untuk bersnorkeling tu. Tapi sebelum tu, korang kena lah sarapan dulu, nantikan lapar pulak. Untuk makan korang kena spend duit sendiri ye sebab tak termasuk dalam pakej..Masa ni lah korang boleh cuba pelbagai jenis makanan laut yang ada kat pulau ni, freshh lagi tau..yummyyy!

Aktiviti snorkeling ni korang akan diberi masa selama 4jam untuk empat check point. Bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang. Sebelum start aktiviti tu, korang akan diajar bagaimana untuk memakai life jacket dengan betul, kemas dan selamat, pastu cara untuk memakai masker dan snorkel serta kaki katak. Tak lupa juga korang akan diajar cara untuk mengimbangkan badan di permukaan air agar bila korang rasa macam nak lemas tu, korang just rilex dengan mengimbangkan badan.

Nak snorkeling kat mana ye? Okay, jomm kita tengok.

Habang-habang dan hakak-hakak dah tak shabarr nak snorkerling tu, sempat lagi diorang wefie ye, hehehe

Check point 1 : Shark point

Bila tengok shark kat depan mata, agak-agak apa yang korang rasa? Ke rasa macam mimpi, kalau berani sentuh lah shark tu, kikiki ^_^

Check point 2 : Turtle point

Kat sini pulak korang boleh tengok penyu. Biasanya tengok dalam citer Ninja Turtles je kan? Tapi kali ni boleh tengok kat depan mata lagi tau.

Check point 3 : Fish point

Pelbagai jenis ikan korang boleh jumpa kat sini. Selain tu korang boleh tengok sendiri coral-coral yang ada kat bawah laut ni.

Check point 4 : Turtle Beach

Dah penat snorkeling kan? Sekarang korang akan di bawa pergi ke Kampung Nelayan pulak. Kat sini boleh lah kalau nak makan-makan, mandi dan solat apa semua. Makanan dekat sini jauh lebih murah la berbanding dekat tempat korang menginap tu. Boleh la jimat bajet siket kan?

Gambaran di atas bot di Kampung Nelayan

Untuk aktiviti petang pada hari yang sama, korang boleh la buat aktiviti bebas. Sama ada nak santai-santai tepi pantai ataupun nak join hiking Windmill. Tak tinggi sangat pun tempat tu, sambil hirup  udara segar petang-petang kan? hehe. Dekat atas tu korang boleh tengok view yang sangat cantik lah. Nak selfie wefie pun cantik.

Tak boleh nak imagine kan macam mana? Okay lah, saya belanja lah serba sedikit macam mana keadaan tempat tu.



Haa yang ni lah Windmill, kena hiking lah siket nak boleh sampai kat atas tu. Dalam 20 min korang kena hiking

Nak selfie pun sesuai kat atas ni sebab view dia memang cantik. Boleh nampak lah laut yang terbentang luas, angin pun sepoi-sapoi bahasa gitew, hehe

Hari dah petang, awan pun mulai murung, tiada siulan burung-burung...ehhh?? Ternyanyi pulak hehe. Bila dah penat tu, masing-masing boleh balik bilik dan rehat dekat bilik masing-masing. ^^

Sekejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah hari ketiga. Pagi-pagi check out pastu bersiap untuk pulang.




Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya.

Untuk sebarang pertanyaan Pasal trip ni ---> [KLIK SINI]
Nak tengok FULL DETAILS?! ---> [KLIK SINI]




P/S: Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.



Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!

Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn. Bhd.)

Friday, 4 May 2018

Pakej Pulau Perhentian, Kg Perhentian Kecil

Tujuan Entry ni dibuat semata-semata nak bagi info dekat korang, Bagi senang korang baca dan faham. Tapi bagi yang malas nak membaca. Kita tak tahu lah nak cakap apa. Jangan salahkan kita pulak kalau tak dapat detail lengkap dan ada miscommunication bak kata mat saleh.

Korang yang berniat nak pergi trip dengan SUPERSAVER TRIP (Agen Sah Bahtera Kembara Holidays) ke Perhentian, ataupun mana-mana company lah yang ada atas muka bumi tuhan ni. Korang wajib baca dulu info yang ada dalam ni. Supaya korang tak tertipu oleh anasir-anasir luar yang tak berhati perut tu. Faham ke tak faham?

Sebelum korang baca lebih bawah lagi, suka saya ingat korang. Nak beli pakej dari penjual mestilah betul-betul korang percaya, Jangan mudah sangat makan Umpan "Harga Murah" giler kentang. Bila namanya "Penjual" tak lain tak bukan dorang memang nak untung.

Tipu lah kalau ada orang cakap "Takpe kita rugi pun asalkan customer puas hati". Bila Pakej murah sangat. Mestilah ada yang kurang, saya tak kata kena beli pakej mahal. Korang kan pandai menilai mana yang kaca ; mana permata.

Takkan lah Pergi Perhentian RM199 3H2M siap ada makan minum lagi, Penginapan 5 Bintang. So hati-hati. Pilihlah company yang korang nampak dia ada masa depan dan nak pergi jauh. Company berlesen, jangan sesekali masukkan duit deposit ataupun bayaran penuh ke nombor akaun personal.

Pastikan korang masukkan duit deposit ke dalam akaun syarikat. Sebab hanya yang ada akaun syarikat sahaja yang korang boleh letak kepercayaan sebab memang dorang betul-betul nak berniaga. Bukan nak berniaga sehari dua hari. tapi nak berniaga selama-lamanya.

Okey dah! Jom kita lihat Pakej dekat Kampung Perhentian Kecil ini.

KENAPA KORANG PERLU DUDUK DEKAT SINI?

1) Lebih selamat
Dari segi keselamatan, korang lebih selamat berada disini. Sebab dekat sini ada Balai Polis, ada kawalan kampung, ada Klinik dan ada Speed Boat Ambulan. Kalau ada apa-apa terjadi senang dan cepat untuk orang lain bertindak.

2) Makan murah dan mudah
Korang akan senang untuk dapatkan makanan dekat area sini sebab kat sini orang kampung pun membeli di tempat yang sama, So harganya tidaklah mahal seperti di tempat lain. Bajet Makan dalam Rm10-15 sekali makan ataupun kurang.

3) Anak-anak kecil terjaga
Bagi anda yang ada anak kecil ataupun anak yang tidak akhir baligh lagi, ataupun yang datang berkeluarga. Saya suggest duduk area sini sebab dekat sini semua orang kena jaga pemakaian . So tak lah minah saleh berjemur terdampar pakai bra je. So anak2 pun tak terkejut.

4) Senang Nak pantau
Dekat area sini jugak ada satu pantai dimana tempat boat berlabuh. Pada siang hari tiada boat dikawasan ini dan anda boleh lepas anak-anak mandi disini. Airnya cetek dan permukaan laut yang datar.

5) Kos Murah
Bila anda berada di kawasan kampung perhentian kecil ini. Kosnya lebih murah berbanding dari tempat lain. Kerana orang kampung disana menggunakan harga yang sama.

6) Kedai Runcit
Disini jugak terdapat beberapa kedai runcit yang menjual pelbagai kemudahan asas. So korang senang lah nak pergi beli apa-apa yang korang nak. Kedai runcit ini selalunya akan dibuka dari pagi sehingga 12.00 tengah malam.

7) Jarak ke Long Beach Dekat
Long Beach ataupun Pasir Panjang ini adalah tempat tarikan utama di Pulau Perhentian kerana keadaan pantai yang sangat cantik, ramai pengunjung dari luar dan dalam negara datang kesini. Air yang jernih kebiruan. Pada waktu malam ada Pertunjukan Api oleh pelancong luar ataupun orang tempatan. Jarak nya lebih dekat. Kos water taxi yang murah.

Kali ni kami dah Pajak Semusim 2018 Penginapan untuk korang. InshaAllah selamat dan selesa. Tak caya? Jom tengok gambar bilik dibawah ni.
======================================================================
PAKEJ 3H2M PULAU PEREHENTIAN, KG PERHENTIAN KECIL


Penginapan yang selesa, berhawa dingin. Tandas berada didalam, Disediakan bantal dan selimut serta kain tuala untuk anda. Masa Check-In adalah Pukul 2.00 petang. Kalau bilik tu siap awal selepas dikemas. Korang boleh masuk awal. Kalau lambat siap. Kena tunggu lah sikit ya. (Standard Time Check In: Jam 2.00 petang)

Inilah keadaan Bilik untuk korang bermalam. Boleh masuk Tiga orang sebilik, kalau korang berdua pun kita masukkan dalam ni jugak.

 Ni pulak view dari arah yang berbeza. Supaya korang lebih jelas.

Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil Pakej ini, nanti akan ada Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh parking dekat mana-mana parking yang berbayar, ataupun korang boleh bagitahu staff BKH untuk cari parking yang selamat.

Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu, mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti. Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat panggilan darinya.

Wajah hadapan Jeti Kuala Besut, tapi nak naik bot kena masuk kedalam lagi sampai jumpa kedai makan banyak-banyak.

Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti . Harganya RM5 Dewasa , RM3 kanak-kanak.


Bot akan hantar korang ke Penginapan dan korang akan nampak bangungan 3 Tingkat warna kuning. Jalan kaki terus je dari jeti tu sampai korang jumpa balai polis, then tepi balai polis tu korang akan nampak satu kedai makan. So tepi kedai makan tu lah Penginapan kita. Jelas ya?

Then hari pertama korang diberikan masa untuk buat aktiviti bebas. Nak mandi manda pun boleh, nak pergi Long Beach pun boleh

Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin


Korang boleh survey harga dekat Kaunter Water taxi dekat area penginapan. Then kalau ada apa-apa, call je no staff BKH tu. Waktu malam dekat sana, korang just santai-santai ataupun nak pegi lepak dekat Long Beach pun boleh. Tapi kena pergi dengan Water taxi. Selalunya Long Beach akan buka pada Pertengahan Bulan Mac ataupun hujung Mac dan keatas.

Hari kedua selalunya kita akan keluar pergi Snorkeling pada pukul 9.00 pagi. So tak da lah panas sangatkan dan akan habis dalam pukul 12.00 Tengahari. Kalau korang rasa macam tak puas hati lagi tak penat berenang lagi. Duduk lah lama pun, cakap dekat abang bot.

Biasanya sampai point terakhir tu korang dah penat yang amat.

Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah
1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung)
Bonus Point ( Lata Air Berani)

Best bila dapat member yang travel satu kepala. Lagi best kalau jumpa orang baru tapi satu kepala Jugak

Dalam air pun sempat lagi selfie. Pastikan korang bawak waterprof camera ya. Rugi kalau tak bawak.

Sebelum pergi ke tengah laut untuk tengok ikan, kita kasi dulu korang belajar dekat tempat cetek.

Masih lagi di tempat water confident



Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya.

Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat untuk buat tempahan ---> [KLIK SINI]
Nak tengok FULL DETAILS?! ---> [KLIK SINI]


P/S: Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.



Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!


Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn. Bhd.)