Saturday 5 May 2018

Bercuti 3H2M Ke Pulau Perhentian Kecil

Holla hai korang, pernah datang Terengganu tak? Mesti la pernah kan?Tapi pernah tak sampai dekat Pulau Perhentian ni?? Ish ish belum lagi rupanya. Haa korang nak tau tak kat sini ada satu pakej yang menawarkan percutian ke Pulau Perhentian Kecil dengan bajet yang sangat murah iaitu RM299 untuk seorang. Woww murah kann.

Terkejut?! kikiki...nak tau tak apa yang termasuk dalam pakej tu? haa boleh la usha entry kat bawah ni yer





Yang ni pemandangan dari atas Pulau Perhentian di persisiran Pulau. Okay meh kita sambung pasal pakej tu. Mesti korang nak tahu kan apa yang termasuk dalam harga pakej tu kan.

Dengan harga dan bajet yang sangat murah tu korang boleh dapat macam-macam kemudahan tau. Termasuklah pakej penginapan bilik yang dilengkapi dengan hawa dingin, kemudahan speed boat untuk dua hala iaitu untuk perjalanan pergi dan balik ke Pulau Perhentian, peralatan snorkeling dan trip serta snorkeling guide dan boat.

Untuk aktiviti snorkeling tu korang jangan risau lah. Mesti takde pengalaman lagi kan macam mana nak buat aktiviti tu, cara nak pakai life jacket dengan betul, cara untuk mengimbangkan badan ketika berada di laut. Jangan bimbang, dalam pakej ni dia dah termasuk dengan snorkeling guide, jadi diorang lah yang bertanggungjawab untuk ajar korang buat semua tu.

Dekat Pulau ni, korang boleh tengok macam-macam jenis flora dan fauna dan pelbagai jenis hidupan laut. Dengan kejernihan air yang membiru, pasti boleh melupakan hal-hal kerja dan menikmati alam semula jadi yang sangat indah dan mempersonakan.



Okay macam ni citer dia. Untuk trip hari pertama tu, korang akan tunggu dekat jeti Kuala Besut. Haa kat situ akan ada tour guide yang akan lead korang untuk naik bot ke Pulau. Korang akan mula berkumpul dekat jeti tu dalam pukul 8.00pagi untuk pendaftaran perjalanan. Bila dah settle pendaftaran apa semua tu, baru lah korang akan dibawa menaiki bot dan angkut semua barang-barang yang korang bawak tu, hehe

Perjalanan dari jeti ke Pulau Perhentian tak ambik masa yang terlalu lama pun. Setengah jam macam tu dah sampai kat sana, maklum lah bukan nya ada traffic light ke eksiden ke apa kan kat tengah-tengah laut tu, hee..Sebelum mulakan perjalanan tu korang akan dibekalkan dengan jaket keselamatan dan wajib untuk pakai ye. Kita tak tahu apa akan jadi semasa dalam perjalanan tu, jadi untuk keselamatan tu mesti lah ye :)

Ada yang mabuk laut ke? Standby awal-awal lah ye ubat tu, hehehh..Untuk gambaran korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

Haa ni masa nak naik bot ke pulau perhentian kecil 

Yang ni pulak masa on the way nak gi Pulau, siap selfie bagai tau, huhu

Bila dah sampai tu, korang boleh rehat-rehat dan boleh terus check in dekat Bahtera Kembara Inn. Untuk hari pertama ni takde aktiviti lagi, jadi korang boleh la buat aktiviti bebas dulu bersama kawan ataupun family. Ada yang nak rehat dekat bilik sebab mabuk laut, maklum la tak pernah lagi naik bot kan?hehe..Pastu kalau korang nak mandi air laut pun boleh, tapi kena pastikan la jangan pergi dekat tempat dalam ye, kang lemas pulak, dah la tak snorkeling lagi haha

Untuk hari kedua pula boleh lah siap-siap untuk bersnorkeling tu. Tapi sebelum tu, korang kena lah sarapan dulu, nantikan lapar pulak. Untuk makan korang kena spend duit sendiri ye sebab tak termasuk dalam pakej..Masa ni lah korang boleh cuba pelbagai jenis makanan laut yang ada kat pulau ni, freshh lagi tau..yummyyy!

Aktiviti snorkeling ni korang akan diberi masa selama 4jam untuk empat check point. Bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang. Sebelum start aktiviti tu, korang akan diajar bagaimana untuk memakai life jacket dengan betul, kemas dan selamat, pastu cara untuk memakai masker dan snorkel serta kaki katak. Tak lupa juga korang akan diajar cara untuk mengimbangkan badan di permukaan air agar bila korang rasa macam nak lemas tu, korang just rilex dengan mengimbangkan badan.

Nak snorkeling kat mana ye? Okay, jomm kita tengok.

Habang-habang dan hakak-hakak dah tak shabarr nak snorkerling tu, sempat lagi diorang wefie ye, hehehe

Check point 1 : Shark point

Bila tengok shark kat depan mata, agak-agak apa yang korang rasa? Ke rasa macam mimpi, kalau berani sentuh lah shark tu, kikiki ^_^

Check point 2 : Turtle point

Kat sini pulak korang boleh tengok penyu. Biasanya tengok dalam citer Ninja Turtles je kan? Tapi kali ni boleh tengok kat depan mata lagi tau.

Check point 3 : Fish point

Pelbagai jenis ikan korang boleh jumpa kat sini. Selain tu korang boleh tengok sendiri coral-coral yang ada kat bawah laut ni.

Check point 4 : Turtle Beach

Dah penat snorkeling kan? Sekarang korang akan di bawa pergi ke Kampung Nelayan pulak. Kat sini boleh lah kalau nak makan-makan, mandi dan solat apa semua. Makanan dekat sini jauh lebih murah la berbanding dekat tempat korang menginap tu. Boleh la jimat bajet siket kan?

Gambaran di atas bot di Kampung Nelayan

Untuk aktiviti petang pada hari yang sama, korang boleh la buat aktiviti bebas. Sama ada nak santai-santai tepi pantai ataupun nak join hiking Windmill. Tak tinggi sangat pun tempat tu, sambil hirup  udara segar petang-petang kan? hehe. Dekat atas tu korang boleh tengok view yang sangat cantik lah. Nak selfie wefie pun cantik.

Tak boleh nak imagine kan macam mana? Okay lah, saya belanja lah serba sedikit macam mana keadaan tempat tu.



Haa yang ni lah Windmill, kena hiking lah siket nak boleh sampai kat atas tu. Dalam 20 min korang kena hiking

Nak selfie pun sesuai kat atas ni sebab view dia memang cantik. Boleh nampak lah laut yang terbentang luas, angin pun sepoi-sapoi bahasa gitew, hehe

Hari dah petang, awan pun mulai murung, tiada siulan burung-burung...ehhh?? Ternyanyi pulak hehe. Bila dah penat tu, masing-masing boleh balik bilik dan rehat dekat bilik masing-masing. ^^

Sekejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah hari ketiga. Pagi-pagi check out pastu bersiap untuk pulang.




Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya.

Untuk sebarang pertanyaan Pasal trip ni ---> [KLIK SINI]
Nak tengok FULL DETAILS?! ---> [KLIK SINI]




P/S: Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.



Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!

Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn. Bhd.)

No comments:

Post a Comment