Wednesday 9 May 2018

Ramai Orang Tak tahu Percutian Singkat ke Singapore yang sangat . . . . . .



SINGAPORE DAY TRIP 2019 LAGI BEST!





Pernah tak korang dengar Pakej Singapore Day Trip RM135? okay kalau tak pernah meh sini nak cerita bagi korang kenal. orang kata " Tak kenal maka tak cinta, dah kenal terlebih cinta pulak" hehehe.

Tapi jangan pulak terjatuh cinta dengan Abang2 tour leader dan Akak2 tour leader kita. Yang tu kita tak jamin ya =) Trip ni wujud dari tahun 2013 lagi, tapi ramai yang tak tahu, ramai yang tak yakin dengan pakej ni.

Betul ke RM135 boleh travel Singapore? Betul korang! Kita tak tipu. Dulu kita nak penuhkan satu bas pun susah gila, buat trip ni pun sekali je sebulan. Alhamdulillah masuk tahun 2018, trip ni dah jadi trip hujung minggu sebab setiap hujung minggu kita ada trip ke singapore dari Kuala Lumpur.

Dengan Pakej serendah RM135 ni, Akak Abang boleh bawa anak2 travel sama tanpa ganggu waktu kelas dorang, student pun boleh join sama, akak yang kerja goverment pun boleh join, tak perlu apply cuti tau.

Sebab trip ni kita gerak Hari Jumaat malam, dan balik pada sabtu malam. Kita akan pickup korang semua dari KL Sentral, dan mana2 RNR yang berdekatan dengan tempat korang yang otw ke Johor.

Contoh dia dekat RnR Nilai, Seremban, RNR Jejantas Ayer Keroh Melaka. Baca sampai habis ya, kita ada bercerita kat bawah macam mana perjalanan trip ni.=)

Jom Kita Tengok Perjalanan Trip Ini


(Trip ni bermula dari KL SENTRAL)



DAY 1

Pada Pukul 9.30 PM, Kita berkumpul di pintu masuk berhampiran ERL DEPARTURE, pintu dia berhadapan dengan "Bangunan Axiata". Jangan salah pi tunggu pintu satu lagi hehehe

Boleh Klik dekat sini untuk lihat lebih detail cara nak pergi ke tempat berkumpul --> Tempat Berkumpul Singapore Day Trip

Gambar Sumber dari Google : Ni Tempat Kita Berkumpul

Selalunya kami akan sampai dalam pukul 11.00 malam pada malam kejadian hehehe. Kami akan buat semakan nama ahli rombongan yang datang dari seluruh negeri, bukan dari KL saja tau, ada yang dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Penang.

Bagi ahli rombongan yang tinggal di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, korang tak perlu ke KL Sentral untuk naik bas. Sebab kita akan ambil korang di RNR NILAI, RNR SEREMBAN, TOL AYER KEROH, RNR GELANG PATAH. So jangan risau lah ye. hahaha

Tepat pukul 11.45 Malam, bas akan bertolak dari KL Sentral menuju ke Johor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 Jam untuk sampai di Gelang Patah. So kitorang ada masa lebih kurang 35 Minit sementara tunggu bas yang disewa khas untuk trip ini.

So masa yang ada tu kita guna untuk berkenal-kenalan dengan rakan baru. Majoriti memang tak kenal satu sama lain. Tapi lepas trip memang ada lah yang sebak, sedih, tangis sebab baru je semalam kenal, esok malam dah nak berpisah. Korang tak caya, Jom Join Trip ni.

Dorang ni bukan kenal pun tapi dah boleh peace ramai2 =)

Peaceeee yaww! 


 Bas yang berhawa dingin, memang selesa untuk anda.


Bas yang disediakan mestilah selesa, sejuk dia lain macam tau! hahaha Dia punya aircond memang kalah peti ais kat rumah korang tu hehehe So bagi yang tak tahan sejuk, korang digalakkan untuk bawa selimut, sweater tebal atau bantal busyuk korang yang korang selalu buat teman tidur kat rumah tu.

Kang ada plak yang meragam tak leh nak tidur sebab bantal busyuk tak da. hahahha. Seterusnya kita akan singgah di RNR Nilai untuk Pickup Cik Adik dari Nilai ni. Trip kali ni hanya ada dua orang yang naik dekat Nilai.

 Cakkk! Ni dia dua orang yang naik dari Nilai

Okay kita dah selamat ambil dua orang Cik Adik kita ni dari RNR Nilai. Dia dua ni je yang ikut trip, tapi yang menghantar punya la ramai, penuh satu kereta Exora. hehehe mak dia, ayah dia, abang dia, adik dia. Nasib baik dia tak bawa sepupu sepapat dia jugak pi hantar kat RNR Nilai hehehe .



So lepas ni takda stop mana2 dah. Kita boleh sambung tidur dengan lena. Dah jom. Zzzzzzzzzzzzz


Jom kita tutup lampu dan bersambung...


DAY 2

Tepat Jam 5 Pagi kita sampai di RNR Gelang Patah, Crew akan mula kejutkan korang. Sorang2 kalau tido tu memang macam2 pattern hahahaha. Sampai dekat sini je, korang akan diberikan masa untuk pergi mandi, Solat Subuh. Pukul 5.30 am, ambil makanan yang telah disediakan. Sarapan pagi tu dah termasuk dalam harga Pakej RM135. Jimat lagi! hehehe

Menu Sarapan Pagi
Nasi Lemak + Telur Mata + Teh Tarik @ Teh

Tunggu untuk Sarapan Pagi


Korang ni mandi ke idok ni? hahaha

Sekarang semua dah siap mandi, solat Subuh. So korang tunggu lah jap sarapan pagi korang siap. Cepat sangat korang siap mandi kan. hehehe. Menu sarapan pagi adalah Nasi Lemak dan Teh Tarik atau Teh O Panas, kalau bagi korang yang tak biasa makan pagi.

Korang boleh tapau masuk dalam bas. Kalau nak order air selain dari yang kita bagi tu. Order lah sendirian berhad hahahaha .Siap sarapan pagi kita kena gerak dah sebab takut jem nanti di Imigresen. Kalau jem dekat sana lagi teruk sebab mesti sampai lambat. So rugi lah masa kita =) Dalam bas nanti Crew akan ajar macam mana cara nak isi White Card/Departure/Arrival card.

Semua kena bawa pen sorang satu. Tapi selalu je ada yang lupa bawak. =.='' Sepanjang perjalanan masuk ke Singapore tu, Local Guide akan bercerita sedikit sebanyak tentang sejarah Singapore dan apa yang ada kiri dan kanan korang.

Kita dianggarkan sampai di Singapore pada pukul 8.30 am. Korang akan diberikan sedikit taklimat ringkas, kalau sesat mana tempat yang kita boleh jumpa. hehehe. Ada tau yang sesat sebab tak ikut arahan kita, hahahha

Kita akan mulakan lawatan kita yang pertama ke Merlion Park, dimana menjadi salah satu tempat pelancongan yang tersohor di Singapore, dan korang wajib datang sini. Kalau pergi Singapore tapi tak datang sini bermakna korang belum lagi sampai Singapore.

Lihat Gambar dibawah






















Orang semua dah Check-In kasut dekat Merlion Park ni, Jom kita pergi tempat lain pula. Tempat satu lagi ni kalau korang 1st time datang mesti teruja gila, tengok reka bentuk bangunan tinggi2, jambatan lama dan Sungai Singapore. Jom layan gambar kat bawah ni

Okay ni mesti jadi port yang pertama bila sampai sini. Hehehehe

Bola Steel tu bukan saja2 dia letak tau. Ada cerita disebalik bola steel ni. Nak tahu? Kena lah join hehehehe


Habang nak angkat tapi tak larat dek non! hehehe




We Love U too. Muahhh


Okay ni kerbau yang tengah angkat barang2. Ada cerita dia tersendiri. Nak tahu? Nanti kita cerita dalam trip hehehhe


Sir, what are doing here? Gambar ni juga ada cerita dia sendiri. 


Ni antara jambatan yang wujud masa zaman penjajahan Ingeris, tapi masih kekal sampai kehari ini


U jump, I tolak U, tapi I tak mau jump sebab I tak pandai nak swim. hahaa. Arca ni juga ada cerita dia sendiri juga. Kita cerita lebih lanjut dalam trip nanti ya. hehe


Okay tempat kedua kita dah Check-In. Mana nak pergi lepas ni? Kita nak bawak korang tempat yang lagi ohsem! kita nak lawat satu2 nya hutan taman yang wujud dalam bandar yang penuh dengan bangunan tinggi2. Nak tengok tak? Jom tengok kat bawah.

Okay ni nama dia Garden By The Bay, merupakan Garden yang terbesar yang wujud dalam Singapore City ni. Sangat2 unik, nanti kita cerita dalam trip ya. hihi

 haaa, baju kuning tu Crew Kita yang sporting habis


 Bro ni sweet gila dengan wife dia. Sporting habis, masukk aiyakkk hahahha


 Bro sador beraksi. Nice lahh dia punya posing. hehehe




Yang ada anak kecik? korang pun boleh ikut juga. Tapi atleast anak2 dah boleh jalan. hehehe

















Okay we ollss dah jumping2 sini dah peluh2, apa kata kita balik pergi tempat lain pula. Korang jom naik bas!! hahahaha. Next stop mana? okay scroll lagi kebawah.

Lepas pergi ke Marina Bay Sand, kita nk pergi shopping lah pula, korang mesti tak kan boleh sabar kalau bab2 shopping, jangan risau tak mahal pun, kalau macam baju tu 10 dollar dah dapat 4 helai, Mug 3 Dollar je satu, then key-Chain plak 25pcs 10dollar. So kalau korang tukar RM100 pun kita rasa dah cukup. Apa2 pun tepuk dada tanya selera ya korang. hehehe.

Nampak macam sibuk je memilih. hehehehe

Seronok ke tak? hehehe


Abang, tengok kat atas ni, cantik tak bag tu? hehehe


 Fuhh, lama benor bini aku shoping, minum dulu derr. Pishang lah jawabnya hehehhe


Okay peace yaww abang, ayang dah dapat apa yang ayang nak. Jap nak pi bayar hahaha


Abang tengok sini la, bukan tengok makwe singapore hahaha 


Pilih jangan tak pilih, jangan tak beli untuk member

Selesai shopping dan duit pun dah habis, mesti perut korang dah rasa lapar kan? Jom kita pi makan Murtabak Singapore dan Nasi Beriani Singapore. Sedap tu tak yah cakap lah, sekali suap terangkat makkkk. hehehe

Portion dia satu pinggan tu besar, kalau yang jenis makan banyak jenis abg2 sado kakak2 sado, mungkin cukup lah. Kalau yang sedang2 korang kena kongsi. Sebab banyak. Kat sini lebih jimat lah korang. Jom kita tengok apa dorang ni makan =)

Bagi korang yang join trip ni tapi nak pergi ke Universal Studio Singapore, korang kena gerak dari Bugis Street ni lah, ambil taxi ke Sentosa Island, nanti taxi tu akan bawak korang betul-betul bawah USS tu. Naik je tangga terus nampak GLOBE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE tu.

Nah kat bawah ni iolls payung gambar makanan yang kitorang makan dekat Zam-Zam Restoran. Sedap gilaaaa beb. Rugi kalau korang datang nak jimat bab makan dan tak cuba makanan sini. hehehe



Ni kalau korang nak tahu Nasi Beriani. Larat nak habiskan satu pinggan besar tu?










Makan Mee Goreng pun kongsi dua orang, bukan jimat tapi banyak.




Makan ramai2 macam ni lah best. Mula2 tak kenal, pastu boleh jadi geng sampai bila2.

Biasanya bajet makan dari 5-7SGD sahaja setiap sorang. Jangan convert tau, nanti sampai sudah korang tak makan hehehhe anggap je 5SGD tu RM5 kita hehehe. Perut dah kenyang hati pun riang, kita pi solat jamak takdim solat waktu asar dalam waktu zohor.

Lepas siap solat Zohor kita gerak naik bas pula ke Sentosa Island. Sampai je dekat Sentosa Island, kita akan lawat 3 stesen utama iaitu WaterFront Station, Imbiah Station dan Beach Station. Kalau nasib baik memang semua tempat tu kita sempat pergi. Tapi bergantung pada masa semasa.

So, sekarang kita nak bawa korang pergi ke Beach Station pula dalam Sentosa Island. Kat sini kita akan jalan kaki ataupun kalau bernasib baik boleh lah merasa naik tram untuk pergi ke Palawan Beach, panjat atas menara tinjau dan lihat pemandangan dari atas.

Jom layan gambar dorang kat bawah ni dekat Beach Station. hehehehe










Lepas kita jalan-jalan kat tempat diatas, kita naik Ulat Bulu (Train) ke Water Front Station untuk bergambar dekat Globe Universal Studio Singapore. Sini lah tempat yang korang tak sabar-sabar nak ambil gambar kan hehehe.

Korang akan diberi masa selama satu jam untuk korang ambil gambar di kawasan tu. Boleh lah nak feeling-feeling masuk USS.  Bagi orang yang masuk USS pada pagi tadi dorang dah kena berkumpul dekat Beach Station. Nanti leader akan bagitahu korang macam mana nak pergi sana.










Lepas tu kita akan gerak naik bas untuk pergi ke Marina Bay Sand untuk melihat Pertunjukan Musik Air Berirama. Mesti best gila. Korang wajib pergi tengok hehehehe

Pukul 9.00 Malam kita akan berkumpul di tempat yang akan diberitahu kemudian. Jangan lambat kalau lambat nanti lambat sampai KL Sentral. hehehe

Nanti iolls belanja gambar dekat Marina Bay Sand dan bagi tengok air pancut yang sangat ohsem!

Nak ikut kita tak? Kalau nak ikut boleh tekan link dekat bawah ni terus ya

--->[KLIK SINI]
--->[KLIK SINI]
--->[KLIK SINI]

No comments:

Post a Comment