Ramai yang ada masalah untuk pergi berkumpul semasa trip
ke Singapore. Disini kami kongsikan kepada anda macam mana untuk anda mencari
tempat berkumpul dengan mudah.
Bila anda berada dalam KL Sentral, anda mestilah mencari
petunjuk tempat yang pertama iaitu McDonald's dan dihadapannya terdapat
satu lorong kecil dimana ada satu kiosk minuman iaitu Chatime.
Anda haruslah melalui lorong tersebut untuk ke tempat berkumpul,
dihujung lorong tersebut anda akan melihat Maybank ATM disebelah kiri anda dan
Chicken Rice Shop di sebelah kanan anda. Pastikan anda mencari petunjuk
seterusnya. Iaitu Seven Eleven (7E) dan juga Kaunter Yes 4G.
Disinilah tempat anda untuk berkumpul dan mendaftar nama
anda. Sebarang pertanyaan boleh la hubungi leader yang mengetuai trip tersebut. Semoga percutian anda ini memberi seribu satu kenangan manis
bersama kami. Enjoy your trip.
Anda boleh tekan link Youtube untuk panduan yang lebih
jelas.
PANDUAN MUDAH KE TEMPAT BERKUMPUL ---> [KLIK SINI]
No comments:
Post a Comment