Tuesday 1 January 2019

Mimpi Tertunai ke Maldives 4H3M


Hai semua, saya nak share story saya dekat Maldives dan Pakej Maldives. So senang la sikit korang faham pasal trip. Jangan skip tau.

DAY 1 ( KUL-MALDIVES) 


Ni gambar masa nak masuk ke Gate Pelepasan antarabangsa. Jejak kasih kot diorang ni. hehehe


Trip masa saya pergi tu, ada satu departure time je, Ada time petang pukul 18:55pm, So sampai dekat Airport Maldives Pukul 10.30 malam macam tu. Tapi next trip untuk korang ni saya tak ambil flight petang. Kita ambil flight pagi tapi depend juga pada keadaan semasa tiket flight. 


Here We Goooo to Maldives, Male


Okayy saya dah sampai dekat Maldives, sebelum ni duk tengok je orang bergambar dekat patung ni. Finally dapat jugak saya ambil gambar. Perasaan excited tu lain macam beb. Sebabnya first time kan, Memang syok yang amat. hahaha


Haaaaa, Uncle you pakai seluar tak kat dalam tu? Kang jatuh pula. Ni kiranya port yang korang wajib ambil gambar lah masa keluar flight. Yang menandakan korang memang dah sampai Maldives. Airport lain takda macam ni. Hahaha


Okey kita ajak geng pula ambik gambar kat sini. Ada 3 orang lagi belum sampai. Duk sibuk ambil gambar kat luar. Terima kasih jurugambar saya. hehehe


Dah siap ambil gambar tadi tu, korang akan nampak kaunter imigresen. Jangan nak berselfie-selfie pula dekat sini. Buat lah kalau nak kena soal siasat. haaaa, Abe pesan je. Takut korang terbuat. hehehe


Gambar kat atas ni adalah gambar dari sumber google image. Mitak halal. Hahahaha tak sempat pula saya nak snap hari tu. Sebab baru bangun tidur then terus isi je tak terfikir nak ambil gambar. hehehe

Masa dalam flight tadi dia ada bagi satu borang ketibaan. So korang kena isi lah dulu. Then nati bagi dekat Kaunter ni. Dia akan mintak. Jangan bagi hilang taw. 


Bila korang sampai je dekat airport lepas ambil beg apa semua. Korang keluar dari pintu tu then cari nama lorang ataupun cari nama Bahtera Kembara Holidays. Okay? 


Yaayyyy, saya dah jumpa kawan saya dekat sana. Ingatkan dia tak datang ambil saya. Hahahaha Thanks Bro Ali. He is Muslim tau. 100 % orang local sini muslim. So korang jangan risau bab makan halal ke tidak.


Muka keriangan dah sampai Maldives. Tapi trip nanti kita takda flight malam dah. Sampai pagi dekat Maldives baru lah boleh tengok view. Ye dak? Sekarang ni ke Maldives satu departure je dari Kuala Lumpur. Tiada pilihan. ( BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA) 


Masa dekat aiport tu kalau korang ni jenis tak boleh terpisah dari internet nak buat live ke korang boleh beli simcard. Kos dia dalam 24 USD. Bila korang keluar je dari pintu arrival tu, tengok belah kanan, korang akan nampak kedai simcard. Kalau tak nak beli simcard tapi nak roaming pun takde masalah (ROAMING BASED ON TELCO MASING-MASING)


We are ready to go, nak naik boat pergi ke Maafushi Island. Ni la kami semua yang ikut trip. Maybe nanti korang pula akan ada dekat sini. Maximum dalam 15 orang je per trip. Sebab nak jaga kualiti servis. Nak tak?

PENGINAPAN


Ruang untuk menunggu dan kaunter, kira lobby la ni. 


Bagi suami isteri kita bagi katil ni ya. Hehehe. Tapi kena request awal-awal. Takut penuh. Dalam bilik ni berhawa dingin. Aircond sejuk gila. Bilik sangat selesa.


Ni pula bilik jenis ada dua katil . Sesuai la untuk yang bujang-bujang. 




Tandas yang selesa dan bersih, So jangan risau ya.

Nota kaki: bukan semua bilik macam ni. Tapi lebih kurang macam ni la. Nanti korang claim nak bilik macam dalam gambar ni payah pula saya nak kalau dah penuh. hahahaha

Day 2 (To Be Continue)

No comments:

Post a Comment