=================================================
Tahun lepas 2017 lebih dari 1000 orang yang pergi guna servis SUPERSAVER TRIP pakej dari BKH. So tahun ni kita target lebih ramai lagi orang tahu pakej kami
lah yang terbaik daripada yang lain. Tak caya? Cuba lah. Tapi sebelum cuba
baca dulu sampai habis story untuk Pakej Perhentian ni. Boleh?
Pakej ni adalah Pakej Pulau Perhentian Day Trip. Bila
sebut day trip tu faham-faham lah kan, trip 1 hari je dekat sana. Kenapa ada
pakej sehari di Pulau Perhentian ni? Tak best lah kejap je ada kat sana. Korang
lah tu yang cakap macam tu. kan kan kan?
Okey cerita dia macam ni, Bahtera Kembara wujudkan Pakej
Day Trip ni sebab nak penuhi jugak nafsu korang untuk main air laut serta
snorkeling dekat Pulau perhentian. Dulu bilik selalu penuh, tapi ada jugak
antara korang yang memang nak pegi gila-gila. So kita pun buat lah Day Trip
punya Pakej.
Tak sangka pulak Day Trip pakej ni dapat sambutan dari
semua orang. Sampaikan seminggu boleh cecah 100 orang yang pergi ke
Perhentian.. Memang tak menang tangan. Nanti saya story dekat bawah ni perjalanan
Pakej Perhentian Day Trip ni. Tapi sebelum tu nak bagitahu dulu kenapa korang
kena ikut trip ni.
SEBAB ANDA WAJIB IKUT TRIP INI:
1. JIMAT DUIT
Kalau poket korang tak berapa naj tebal sangat untuk
pergi holidays dan bermalam dekat perhentian. Korang boleh ambil pakej day trip
ni sebabnya harga dia RM99 jer sorang untuk tahun 2018 ni.
2. IMAT MASA
Mungkin korang susah nak tinggal anak dekat rumah ke,
ataupun susah nak tinggal kerja lama-lama. ataupun ada kekangan dari segi masa,
korang boleh ikut trip ni sebab trip bermula jam 9.00 pagi dari Jeti Kuala
Besut dan akan pulang pukul 4.00 petang ( Last Speed Boat dari Perhentian)
3. PENGALAMAN SNORKELING ADALAH SAMA
Pengalaman snorkeling pakej 3H2M dan day trip adalah
samaSebab utama orang datang Perhentian ni nak snorkeling je, . sebab dia punya
air laut jernih yang teramat. Sangat cantik. Ikan pulak jinak-jinak, boleh
tengok depan mata je dan coral dia pun warna warni.
4. TAK PERLU SEMAK KEKOSONGAN BILIK
Kalau korang rancang nak bermalam, korang kena check dulu
kekosongan semasa lebih awal, berbulan-bulan sebelum trip korang . Tapi untuk
Day Trip at least 2 Hari sebelum korang boleh decide untuk Pergi.
5. SEA GUIDE TURUN SAMA DENGAN ANDA SEMASA SNORKELING
Sea Guide dari BKH akan turun sama-sama dengan korang,
dia akan tunjuk mana spot yang best masa snorkeling. Mana nak tengok nemo dan
mana nak tengok Baby Shark, Mummy Shark, Daddy Shark. Dorang jugak akan tunjuk
korang mana penyu. So pengalaman korang masa snorkeling best gila.
=================================================
PENERANGAN TRIP
Trip ni mula jam 8.00 pagi dari Jeti Kuala Besut,
Terengganu. Kalau nak tengok macam mana cara nak ke Jeti Kuala Besut ni, korang
boleh tekan link ni. [LINK]
Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil
Pakej ini, nanti akan ada Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu
korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh parking dekat
mana-mana parking yang berbayar, ataupun korang boleh bagitahu staff BKH untuk
cari parking yang selamat.
Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai
dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu,
mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti.
Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat
panggilan dari dia. PASTIKAN KORANG SIAP-SIAP SALIN PAKAIAN MANDI YA!
Wajah hadapan Jeti Kuala Besut, tapi nak naik bot kena
masuk kedalam lagi sampai jumpa kedai makan banyak-banyak.
Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang
Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap
seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur
bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti. Harganya RM5
Dewasa , RM3 kanak-kanak.
Korang akan dihantar ke Kampung Pulau Perhentian Kecil
dulu untuk Tukar bot dan naik bot khas yang BKH sediakan untuk anda. Seterusnya
anda akan dibawa untuk
Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah:
1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung)
Bonus Point ( Lata Air Berani)
Antara gambar customer yang ikut trip lepas.
Tak geram ke tengok gambar tu? Nice kan? So dalam Pakej
Day Trip Pulau Perhentian ni, kita akan bawak korang ke tempat-tempat ni. Nak
gambar cun melecun dan nak gambar dalam air. Korang kena bawak lah Under Water
Camera atau guna casing waterproof.
Sebelum korang pergi dekat tengah-tengah laut, korang
akan diajar macamana cara untuk apungkan diri dalam air dan cara penggunaan
Snorkel dan Life Jacket. Mat Salleh kata "Water Confident".
Haaaaa, sapa kata ikut pakej Perhentian Day Trip tak
dapat tengok nemo ke apa. Harap tahun ni sarang ikan nemo masih lagi terjaga
dan masih ada. hehehehe. Tak dalam pun. Kita boleh tengok dari atas. Kalau korang
pandai selam. Boleh selam. Best kan? hehehe
Tepat jam Pukul 12.00 Tengahari macam tu. Boatman akan
bawak korang pergi ke Long Beach untuk Korang lunch, Solat bagi yang tak dapat
jamak solat tu. Nanti sampai dekat Long Beach tu tanya dekat area sana, mana nak
solat. Ada satu tempat nama dia Awatif Cafe dan Campsite. Sana pun boleh mandi
jugak. Tapi berbayar. Depend pada owner tu.
Lepas siap makan
apa semua, korang boleh pergi daki bukit dan jungle tracking naik ke Kincir
Angin. View dia lawa gila. Serius lawa. tak caya jom kita tengok kat bawah.
Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin
3.30 Petang korang dah kena turun dari Bukit Kincir Angin
tu tau. Sebabnya tepat pukul 4.00 petang bot akan pergi ambil korang dekat jeti
Long Beach.
Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya.
Untuk sebarang pertanyaan Pasal trip ni ---> [KLIK SINI]
Nak tengok FULL DETAILS?! ---> [KLIK SINI]
P/S: Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada
keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan
sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda.
Semoga percutian anda bersama kami lebih bermakna.
Terima Kasih!
Supersaver Trip (Sales Team Bahtera Kembara Holiday Sdn.
Bhd.)
No comments:
Post a Comment